Ms:Juruaudit Kesinambungan Perniagaan Betauliah

From BCMpedia. A Wiki Glossary for Business Continuity Management (BCM) and Disaster Recovery (DR).
Jump to: navigation, search
1. BCCA Juruaudit Kesinambungan Perniagaan Betauliah Keperluan untuk BCCA

Pensijilan Juruaudit Kesinambungan Perniagaan Bertauliah (BCCA) direka dan diwujudkan untuk juruaudit, profesional BCM, pengurusan pertengahan, wakil jabatan, penyelaras unit perniagaan, pengurus dan perancang Kesinambungan Perniagaan/Pemulihan Bencana dengan penglibatan dalam pengauditan dan/atau pengkajian semula sistem pengurusan kesinambungan perniagaan. Calon akan diberitahu tentang kemahiran dan ilmu pengetahuan yang penting untuk mengaudit dan mengkaji semula pelan kesinambungan perniagaan. Calon juga akan diperkenalkan kepada konsep utama membangunkan strategi kesinambungan perniagaan dan pemulihan bencana, membentuk dan melaksanakan pelan BC, menyediakan dan menjalankan program kesedaran dan latihan (jika mereka tidak pernah menghadiri mana-mana kursus pensijilan BCM Institute.)

Peserta yang dianugerahkan BCCP, BCCS atau BCCE BCM Institute boleh dikecualikan daripada menghadiri kursus 1 hari BCM-200 atau BCM-240. Calon hendaklah maklum bahawa yuran yang dikenakan tidak boleh dikurangkan sama ada dia telah ditauliahkan oleh institut atau tidak. Kriteria

Individu hendaklah telah memenuhi dan terus memenuhi syarat berikut tentang:

Kejayaan menyempurnakan BCM-200: Asas BCM atau BCM-240: Asas BCM dengan SS540 (tempoh 1 hari) Kejayaan menyempurnakan baki 2 hari BCM-840: Pengauditan BCM dengan SS 540:2008 (tempoh 2 hari)

Kejayaan menyempurnakan peperiksaan BCCA selama 2 jam 1/2 (tempoh 1/2 hari) dengan markah lulus yang diperlukan sebanyak 75% daripada 100 Soalan Pelbagai pilihan (MCQ)

Sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman dalam pengurusan kesinambungan perniagaan (BCM) dan/atau pengauditan rancangan pemulihan bencana (DRP) dan/atau pengkajian semula pelan.

Pembayaran Fi

Fi Pemprosesan Permohonan: SGD75 (Tidak dikembalikan walaupun permohonan ditolak)

Fi Penyelenggaraan Pensijilan: SGD75

Penganugerahan Sijil Elektronik

Hanya sijil elektronik atau e-sijil (salinan skrin) akan dikeluarkan kepada semua permohonan yang berjaya. Walau bagaimanapun, sijil salinan cetak juga disediakan atas permintaan dari kedai dalam talian: SGD50 (tidak termasuk caj penghantaran)



(Source: Business Continuity Management Institute - BCM Institute)